Rabu, 1 Mei 2013

[PerhatianZone] Selamatkan Pet Society


Ingat tak entri saya yang lepas. Peminat Pet Society pasti berang kerana EA menutup permainan Facebook dari Playfish pada 14 Jun 2013. Permainan ini memberi saya kenangan terutamaya pada saat saat membosankan. Saya tak sanggup melepaskanya.




Kenapa saya benci melihat EA tutup Pet Society.

1. Peminat Pet Society terlalu ramai.
Peminat Pet Society di seluruh dunia berkumpul di dalam satu group di Facebook iaitu Please Save Pet Society. Kumpulan itu taknak EA tutup Pet Society. Pet Society dapat mengeratkan silaturahim antara peminat di seluruh dunia. Rupa karakter yang comel dan senang diubah dapat memberi pemain berasa gembira.

2. EA adalah Syarikat Terburuk 2 kali berturut-turut
EA memang pandai mengedar permainan komputer/konsol tetapi layanan kepada pelanggan amat teruk. Pada 4 April 2012, laman web Consumerist mengadakan satu undian dalam talian untuk menentukan syarikat mana yang terburuk di Amerika dan nampaknya EA menang mengalahkan Bank of America.

Oleh kerana itu, setahun kemudian barulah EA membalas balik dengan memberi kenyataan. Masalah itu mungkin tak selesai kerana beberapa hari kemudian Consumerist mengadakan undian yang sama dan EA dah menang Syarikat Terburuk di Amerika 2 kali berturut2.


3. EA takde permainan untuk Kanak-kanak dan keluarga (Update 7/5/2013)
Jika  Pet Society tidak ada. EA tidak ada permainan untuk kanak-kanan dan keluarga. Cuma ada permainan mengandungi tembak menembak, darah, perkataan buruk, keji dan awak boleh fikir lain2 yang di anggap buruk

Anda boleh sertai petition #savepetsociety di sini atau ikut di laman Twitter mereka, jadi ahli dalam group (Facebook) dan like page Facebook mereka. Jangan lupa lawat laman WordPress mereka.

Nota Asyraf: Saya selamatkan Pet Society kerana Haziq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...