Selasa, 17 Disember 2013

[DiariAsyraf] Sejarah 2013 mengikut pandangan saya


Nampaknya kelas kolej saya belum berakhir. Disebabkan tunggu result untuk layak ke Pereka Grafik Tahap 2. Sementara menunggu waktu cuti kolej dan result atau gred, saya nak cakap pasal apa telah belaku sepanjang tahun 2013 yang saya dengar dan lihat.

Isnin, 16 Disember 2013

[DiariAsyraf] Saya dah kembali lagi.

True_story.jpg

Hello, Ohayou, dan selamat pagi (entri ini ditulis pada waktu tengah hari). Lama tak jumpa wahai pembaca blog saya sekalian. Dah lama saya tak tulis entri blog ini sejak kempen #savepetsociety berlaku beberapa bulan dulu. 

Saya terlalu sibuk untuk meulis komen kerana saya sedang berada di PPKS dan mengambil Graphics Design enam bulan dahulu. Graphics Design sememangnya susah nak belajar. Ada sesekali saya terlupa nak buat tugasan dan nasib baik dah siap sebelum hari terakhir iaitu hari ini.

Huhu
Kebanyakan kerja saya buat saya akan post kat sini. Jadi berseronok ye.


Dulu saya guna Mareep dalam projek gambar negatif dan positif dan terpaksa saya menolak kerana ada kesilapan ketika berwarna.

Oleh kerana saya menggunakan Nokia C1-01 jadi kamera tak jelas.

Huruf M besar

Dah siap pun. Kali ini pakai Togepi.



Ada gambar lain. Tapi saya post pada hari lain. Jumpa lagi.

Nota Asyraf: Sekarang saya kusyuk bermain permainan RPG dibuat oleh Atlus di Jepun.

Rabu, 1 Mei 2013

[PerhatianZone] Selamatkan Pet Society


Ingat tak entri saya yang lepas. Peminat Pet Society pasti berang kerana EA menutup permainan Facebook dari Playfish pada 14 Jun 2013. Permainan ini memberi saya kenangan terutamaya pada saat saat membosankan. Saya tak sanggup melepaskanya.




Kenapa saya benci melihat EA tutup Pet Society.

1. Peminat Pet Society terlalu ramai.
Peminat Pet Society di seluruh dunia berkumpul di dalam satu group di Facebook iaitu Please Save Pet Society. Kumpulan itu taknak EA tutup Pet Society. Pet Society dapat mengeratkan silaturahim antara peminat di seluruh dunia. Rupa karakter yang comel dan senang diubah dapat memberi pemain berasa gembira.

2. EA adalah Syarikat Terburuk 2 kali berturut-turut
EA memang pandai mengedar permainan komputer/konsol tetapi layanan kepada pelanggan amat teruk. Pada 4 April 2012, laman web Consumerist mengadakan satu undian dalam talian untuk menentukan syarikat mana yang terburuk di Amerika dan nampaknya EA menang mengalahkan Bank of America.

Oleh kerana itu, setahun kemudian barulah EA membalas balik dengan memberi kenyataan. Masalah itu mungkin tak selesai kerana beberapa hari kemudian Consumerist mengadakan undian yang sama dan EA dah menang Syarikat Terburuk di Amerika 2 kali berturut2.


3. EA takde permainan untuk Kanak-kanak dan keluarga (Update 7/5/2013)
Jika  Pet Society tidak ada. EA tidak ada permainan untuk kanak-kanan dan keluarga. Cuma ada permainan mengandungi tembak menembak, darah, perkataan buruk, keji dan awak boleh fikir lain2 yang di anggap buruk

Anda boleh sertai petition #savepetsociety di sini atau ikut di laman Twitter mereka, jadi ahli dalam group (Facebook) dan like page Facebook mereka. Jangan lupa lawat laman WordPress mereka.

Nota Asyraf: Saya selamatkan Pet Society kerana Haziq

Selasa, 30 April 2013

[DiariAsyraf] Selamat Tinggal Haziq



Haziq, dicipta di Pet Society pada Jun 2009 (Jika tak silap saya) akan dibuang oleh EA pada 14 Jun 2013. Ini bermakna, setelah 4 tahun saya terpaksa melepaskan Haziq dan haiwan peliharaannya, Amirul pergi buat  selamaya. Mungkin saya akan merindunya. Goodbye Haziq dan Amirul (Jangan lupa pet adik saya, Yana. *sedih*)

Kenangan :(


bersama Yana (pet adik saya)

Nota Asyraf: Memang saya dah jangka Electronic Arts akan buat begitu pada mana-mana permainan yang direka oleh Playfish (Termasuk The Sims Society dan SimCity Society)

Isnin, 15 April 2013

[DiariAsyraf] Tak guna spoiler.

Ramai di antara kita suka atau tak suka spoiler. Kebanyakan kawan Facebook saya tak suka spoiler kerana ia spoil kan kehidupan mereka. Tapi, dahulu saya memang suka spoiler terutamanya bahagian manga.Sebenarnya, saya tadi mengalami suatu peristiwa yang kemungkinan saya tidak dapat tengok spoiler terutamanya anime dan manga.

klik untuk tumbesaran

Kepala saya pening disebabkan terlalu banyak spoiler. Tapi saya tak kesah kerana spoiler penting membantu ramai bercakap pasal topik topik dan mengeratkan silaturahim.

Nota Asyraf: Jika pandangan saya salah. jangan komen kerana itu memang pandangan saya. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...