Isnin, 22 Februari 2010

Berita mati dibunuh...

Ada bermacam - macam kes di surat khabar dan tv.... Dan ada yang lebih kejam lagi... Kes bayi dibuang....
Baiklah, saya akan membahagitahu satu kes mengejut pagi tadi... Cuba lihat keratan akbar di bawah...


Pemandu konsulat Malaysia di Sydney mati ditikam
2010/02/22

MELBOURNE: Seorang pemandu konsulat Malaysia ditikam dan dibelasah menggunakan tukul besi hingga mati di Sydney malam Ahad lalu.
Isu buli jalan raya dipercayai menjadi motif pembunuhan pemandu lelaki berusia 43 tahun yang kini bertaraf warganegara Australia selepas menetap di sana sejak lebih tiga tahun. 
Menurut saksi, dua lelaki dari arah seberang jalan cuba mengejar mangsa yang dipercayai baru tiba di rumahnya di Marion Street, Sydney di kawasan pedalaman Leichhardt selepas tengah malam. 
Pemangku Superintendan, Shayne Woolbank berkata pihaknya percaya kemungkinan berlaku kemalangan sebelum serangan itu.

Apabila ditanya mengenai buli jalan raya, Woolbank tidak menolak ia adalah satu daripada kemungkinan.- Bernama 


Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda boleh mengomen tetapi jangan menampal komen aneh-aneh tau....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...