assalamualaikum dan selamat sejahtera, Bertemu lagi kita di dalam rancangan Gaysec. Hehe, terima kasih kerana sanggup melawat dan membaca contengan daripada kami. Selama beberapa hari ini, kami terlalu sibuk untuk melakukan ujian ke atas beberapa lagi laman sesawang yang lain, jadi kami mengambil keputusan untuk menguji dan mencuba tahap keselamatan di dalam laman sesawang milik Oh Media. Salah satunya milik Oh Media network adalah ohartis.com. Kami telah melakukan beberapa ujian terhadap keselamatan laman sesawang milik oh media ini, dan telah mendapati terdapat beberapa kelemahan yang membolehkan dan sehingga kami mendapatkan pangkalan data(database) bagi laman sesawang ohartis.com Oh ya, mengenai jenis dan bagaimanakah kami dapat memasuki ke dalam laman sesawang ini, kami hanya meneka kata laluan beberapa ahli yang pernah mendaftar di laman sesawang ohartis.com ini dan selepas diteliti beberapa kali kami mendapati laman sesawang ohartis.com ini juga mempunyai fail database mungkin? "ohartis_wordpress_wp_20100614_887.sql.gz". http://ohartis.com/?author=1 (username: adminx) http://ohartis.com/?author=2 (username: zulfiz) http://ohartis.com/?author=3 (username: loque) Mengapa kami uji tahap keselamatan beliau dan lain-lain laman sesawang? Baca petikan dibawah: ------------------------------------------------------------------ Objektif kami adalah untuk mewujudkan salah satu kumpulan yang menegakkan keselamatan sesuatu laman web atau apa sahaja sistem yang berada di dalam negara malaysia ini. Kami tidak mahu malaysia menjadi salah satu mangsa 'dibuli' oleh pembuli siber, kerana itulah kami terpaksa melakukan perkara ini semua semata-mata untuk menyedarkan sesebuah pihak atau webmaster tentang keselamatan sesuatu sistem laman web atau sistem itu. Kami akan mengeluarkan bukti dan kenapa kami melakukan ini semua di dalam setiap pengumuman berita 'serangan' kami. Kami bukannya suka melakukan ini semua, tetapi kerana kami takut dan tidak mahu jika suatu hari nanti dunia siber di dalam malaysia ini lumpuh dan menjadi "medan permainan" oleh sesebuah pihak kerana kesilapan seseorang webmaster atau sistem admin itu sendiri. Kami mahu setiap webmaster di malaysia ini saling mengingati dan sentiasa berwaspada dengan tahap keselamatan laman web sendiri sebelum menyalahkan kami, kami tidak akan pernah merosakkan sesuatu sistem itu, tetapi hanya untuk memberi kesedaran terhadap keselamatan laman web itu. ------------------------------------------------------------------
Laporan dari @GaySec
senbunzakura kageyoshi...
BalasPadam:P
JEMPUT SINGGAH BACA ENTRY ALEP YER...
LU BIKIN GUA PANAS JER!