Nampaknya kelas kolej saya belum berakhir. Disebabkan tunggu result untuk layak ke Pereka Grafik Tahap 2. Sementara menunggu waktu cuti kolej dan result atau gred, saya nak cakap pasal apa telah belaku sepanjang tahun 2013 yang saya dengar dan lihat.
5. #PokemonXY dan #SuperSmashBros4
GIF image dah dapat. Blogger dah jadi Tumblr. |
Sejak E3 2013 dulu. Saya memang menaiki Hype Train tengok Pokemon baru, lokasi yang bernama Kalos dan macam mana dengan rupa permainan itu dalam Nintendo 3DS. Villager muncul dalam Super Smash Bros. 4 dan bermacam macam saya rasa nak beli. Masalah utama adalah bajet kerana saya terlalu boros bebelanja sehingga saya tak dapat beli N3DS dan permainan itu.
4. #PrayForSabah
Gambar kulit Facebook Kami Suka Anime sewaktu kejadian di Lahad Datu, Sabah |
Waktu saya dengar Lahad Datu, Sabah diserang oleh Sultan Sulu. Seluruh rakyat Malaysia terkejut. Perbagai cara untuk mempertahankan Lahad Datu dirampas oleh Sultan Sulu dan tentera kita dah berjaya mempertahankanya.
3. #GrandTheftAutoV
Terlalu banyak white space dalam gambar. |
Ramai kata Los Santos mungkin kembali ke generasi kelima permainan bersiri Grand Theft Auto dan mereka betul. Permainan bersiri itu telah kembalikan Los Santos dari Grand Theft Auto: San Andreas ke Grand Theft Auto 5. Permainan itu buat pertama kali watak protagonis ada tiga iaitu Michael, Franklin dan Trevor. Dan kenapa saya bangangnya pasal itu, ada seorang lelaki dari Parlimen meng-"claim"-kan GTA 5 telah diban di Amerika Syarikat dan United Kingdom (malah menyebut satu permainan beusia "sejuta tahun" sebagai anti-islam).
2. #UpinIpin dan #Yahudi
Saya dah buat ini dan menyebarkan di mana mana page termasuk Kepala Hotak Kamu |
Siapa pernah menyebarkan benda-benda macam gambar yang saya edit di atas? haa...
Lawak Ke Der 2 reference klehkehkeh. Gambar kredit: Happy Irfa |
Ramai antara kita pernah tengok animasi tempatan Upin dan Ipin. Upin dan Ipin memang terkenal di beberapa negara termasuk Indonesia. Tapi ada beberapa orang masih mempercayai yang animasi itu ada kaitan dengan Yahudi. Seperti laman blogspot ini (Nota: mengandungi iklan NSFW) yang dibuat oleh orang Indonesia menyuruh pelawat menyebarkanya. Malah rakyat kita pula menyebarkanya. Memalukan.
Dan kenapa saya letakkan ini dalam tangga ke 2 walaupun benda ini dah wujud dulu, ia masih belum selesai. Sama dengan kes Pokemon dan Yahudi.
1. The Fox (What Does The Fox Say)
Betul ke apa musang kata? |
Lagu ini memang menjadi pilihan dalam entri Blog AsyrafFile "Sejarah 2013 mengikut pandangan saya". Kenapa ia popular? Sebab saya ingin nak tahu apa kata serigala eh... musang. Lagu ini ataupun muzik video ini menjadi popular dan menjadikan internet meme. Itu jer saya kata. Jumpa lagi pada tahun hadapan (entri ini jer)
Nota Asyraf: Entri kali ini TIDAK MENGANDUNGI unsur Yahudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda boleh mengomen tetapi jangan menampal komen aneh-aneh tau....